Friday, 6 May 2016

VELVET CAKE

velvet cake birthday untuk my gegellll

CHOCLATE CAKE MOIST KWN TEMPAH UTK CUCU KESAYANGAN DIA

AKU FEEL SO HAPPY BILA KAWAN TEMPAH UNTUK CUCU DIA WALHAL SEBENARNYA AKU CUKUP LETIH MENYEDIAKAN KEK INI MUJUR LAH CAKE TAK BUAT PERANGAI SYUKUR SANGAT SUKA SANGAT BILA CUCU DIA SUKA KAN....

Tuesday, 28 April 2015

ANAK KESAYANGAN MAMA....

MOGA ADIK JADI ANAK YANG SOLEH BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.... AMIN ADIK PERNAH TANYA BILA MAMA RASA BAHAGIA? SO MAMA JAWAB SAAT MAMA LAHIRKAN ADIK KEDUNIA 27 JULY 2000 SAAT ITU TERPAHAT DIINGATAN DAN TIDAK MUNGKIN MAMA LUPA, BILA TENGOK WAJAH ADIK DENGAR SUARA ADIK MENANGIS MENGALIR AIRMATA TANDA SYUKUR PADA ILAHI KERANA DIKURNIAKAN ANAK YANG CUKUP SEMPURNA DIMATA MAMA ..... MOGA ADIK TIDAK LUPA PESANAN MAMA JANGAN LUPA SOLAT, HORMAT DENGAN ORANG LEBIH TUA(TERMASUK GUGU-GURU ADIK) JGN MUDAH LAHIRKAN KATA-KATA KESAT WALAUPUN ORG SAKITKAN HATI KITA ANGGAP JER ORANG TUE TENGAH SAKIT DEMAM PANAS ATAU MEROYAN.....DAN JANGAN LAYAN... DAN SELALU BERDOA DALAM HATI "YA ALLAH DEKATKAN LAH KAU DENGAN ORANG -ORANG YANG BERIMAN PADAMU DAN JAUHKANLAH AKU DAN LINGUNGILAH AKU DARI ORANG-ORANG YANG DENGKI KHIANAT DENGANKU" AMIN......

HOME MADE RAINBOW CHEESE CAKE

CAKE UNTUK BIRTHADAY ANAK YANG COMEL.....

CHEESE CAKE

KWN TEMPAH RESEPI NANTI POSE TAU...

cake moist yg simple dan sedap

kwn tempah..... feel happy sbb comment sedap alhamdulilah......

Sunday, 19 April 2015

sos tomato cili home made yang simple

Aq nie bab nak jimat aq sanggup buat ape jer janji anak-anak aq masak sedap biarlah aq penat sikit tapi bukanya susah sangat pun simple jer bahan-bahanyer...nak dengan x nak jer bahannyer 1. 5 biji tomato yang merah menyala- potong 4 atas tomato tapi x putus 2. 5 biji cili merah yang besar-buang biji 3. 5 tangkai cili kering -buang biji 4. cuka tiruan pun bole yang asli pun bole 5. gula secukup rasa 6. garam secukup rasa senangkan 7. bawang putih sebiji 8. tepung ubi @ tepung jagung yang dah siap di bancuh dgn air 8. klu buat sikit x perlu lah buh bahan pengawet tapi klu byk buhlah klu nak cari jer kat kedai bakery mesti adanyer tapi tengok jangan beli yang dah expired
rebus semua bahan yang telah dipotong untuk tomato belah 4 tapi jgn putuskan nak belah x pun bole
rendam seketika kupas kulit buang biji nak isi dia jer..
toskan seketika dah blend semua bahan diatas kecuali cuka
masak semula sehingga pekat campurkan sedikit tepung ubi @ tepung jagung yg telah dibancuh dgn air
sejukkan dan bole guna botol recycle botol sos yang dah abis cuci bersih-bersih bole gula semula untuk bahan diatas bole dpt setengah botol besar sos tomato biasa...kan jimat....

Buah mangga Apple yang ermmm...yum..yum

Dua tiga lepas aku tengok jer buah mangga nie kat pokok umah jiran aku tiap kali bukak pintu memang tersidai buah-buah mangga nie kat pokok dia nak minta segan biarkan jerlah sbb dah tau dah kakak tue akan bagi juga buah tue walaupun x minta sbb sebelum nie bila pokok buah mangga dia berbuah selalunyer dia akan bagi ermmm tunggu jerlah..... harap-harap dia bagi lah kot dua tiga hari nie..... tup tup.....ader orang bagi salam ... jeng...jeng..... kakak neighbour tue datang antar buah mangga... apa lagi anak dara aq terus suh kita kupas dan buah sambal cicah.... yum..yum .... ini kes memang tunggu buah gugur depan pintulah hahhah...

Friday, 17 April 2015

resepi apam pelangi N apam pokaldot yg simple......

2 biji telur  1 cawan gula 1 sudu kecil ovallete  2 sudu esen vanilla  1 cawan susu segar 2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu  (utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung )  pewarna yg disuka  panaskan oven 1. Panaskan pengukus 2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.- dlm 8-10 min sahaja  3. Masukkan susu segar, gaul sebati  4. Masukkan tepung, sebatikan  5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan. Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat). 6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh. Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti. 7. Kukus selama 10-15 minit dgn api sederhana.(balut tutup kukusan)  [Gunakan toothpick untuk dot-dot warna tersebut mengikut saiz yg diperlukan] [Gunakan towel bersih untuk tutup atas pengukus sebelum ditutp agar wap air tidak menitis ke Keatas adunan apam, kalau tidak nanti akan terjadilah apam menyengeh kan…

Monday, 23 March 2015

Pastry Filling Sardine

Hasil berguru ngan chef hamzah amat-amatlah berbaloi.. Pastry filling Sardine Kegemaran My Hubby
nanti aq kongsikan resepi dia tapi klu ader org yg nak lah klu x ader ermmmm...

Sunday, 22 March 2015

MEMORY AT PINANG(SCHOOL HOLIDAY BAWA ANAK2)
SANDAL YANG PALING LAST YANG PALING UMUR KECIK TAPI YANG PALING BESORRRR, X KISAHLAH JANJI SIHAT...KAN SAYANG MUHAMMAD ALIF SHAFFIQ.....SAYANG ADIK....
My Grandson "ADAM ADI" LOVE U SO MUCH.....
TADAAA.....AKHIRNYA.......PIZZA KEGEMARAN ANAK2 MAMA SIAP UNTUK DIMAMAM.........
Anak kesayanganku nak makan pizza katanya so, apa lagi mama dia bersilatlah kat dapur buat pizza pastue siap simpan nak bawa kesekolah......ermmm x kisahlah apa yang dia nak makan selagi mampu buat mamA akan usaha buatkan ialah dah dia tau ari tu belajar buat pizza ngan chef hamzah.....dia main petik jer lah klu nak makan, x pelah untuk anak mama, mama bubuat yang terbaik janji dia mau makan dan mau belajar bersungguh-sungguh...moga jadi anak yang soleh yang berjaya duania dan akhirat...amin..
klu nak resepinya kena mintalah dulu hahahah

karyaku yang x seberapa

Bila ilham menerpah ah inilah jadinya,,,haru biru dibuatnya....

Saturday, 21 March 2015

hapi sangat-sangat buat kek birthday wat anak dara yang ke-15 walaupun x seberapa

Thursday, 6 November 2014

kek tunang friend anak ku

sememangnya waktu buat kek ni teramatlah letih sbb baru balik kerja, tapi apakan daya anak nak bagi hadiah kat kawan dia, pastu nak ikut tema putih purple, layankan jer sapa lagi yang nak layang klu x aq kan..tapi mmg moist giler.... ' untuk resepi klu orang x minta mmg aq x bagilah kan tapi klu org minta aq bagi gak..resepi yang sgt simple but muaahh sedap leh aq angkat bakullah sendirikan cam org naik lif tekan sendiri cuma ader tempat2 tertentu jer ygn naik lif org tlg tekan kan itupun sbb dia berkerja dpt gajikan hahahahah.. Rase cam seronok ble dpt buat cake ini untuk friend anakku wlupun very simp!e tapi lembut sangat Dan lembab

spaggeti

Buat utk anak-anak tersayang coz yang bulat tue nak makan sangat buat jer layankan jer

Wednesday, 10 September 2014

Resepi Sos Tiram Home Made

1. Ambil air rebusan makanan laut contohnya udang, ketam, sotong 2. Air rebusan itu dimasak bersama gula merah/perang. 3. Garam bukit. 4. Lada/cili sedikit dan bawang putih mengikut citarasa. 5. Sedapkan ramuan mengikut rasa. 6. Pekatkan dengan tepung ubi kayu@tepung jagung 7. Cuka buah sebagai pengawet supaya tahan lama. 8. Sejukkan dan simpan dalam botol 9. Simpan dalam peti sejuk. Cara-cara : Tuang semua sekali dalam rebusan makanan laut tadi sehingga pekat kalu nak pekatlah klu nak cair masukan lagi air rebusan makanan laut atau air panas Kali ini saya x berkesempatan tangkap gambar mungkin di lain kali saya up load kan gambar, apa-apa pun saya search resepi ni pun kat blog orang tapi saya dah lupa nama blog 2,apa pun saya berterima kasih sangat kat saudara yang sangat baik hati berkongsikan resepi di blognya dan saya telah realisasikan dan sangat puas hati x payah susah sangat nak g kedai beli pas tu nak cari yang halal lak gkan. Untuk keluarga yang agar ramai cara nak jimat tabung sangat lah mudah bila kita rajin sumbang tenaga buat benda-benda yang remeh temah nie, syukur alhamdulilah salah satu cara mudah tapi x baik makan selalu sebab kolestrol sangat tinggi, “BERHENTI KETIKA SEDAP MENCEGAH SEBELUM SAKIT” apa pun kita sentiasa mengingatkan diri makanan adalah keperluan tapi bila berlebihan ianya akan jadi racun dalam badan kita renung-renungkan bersama saya sekadar mengingatkan bukan menasihatkan.

SOS CILI HOME MADE

RESEPI BUAT SOS CILI BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN: 1. Cili Kering 1 kg. 2. Gula Pasir 4kg 3. Garam 350gm. Ikut Selera anda. 4. Bawang putih dalam 200 gm 5. Tepong Ubi Kayu 400gn 6. Cuka Tiruan pun boleh yang asli pun boleh dalam 1 kg. 7. Air 5 liter masa mengisar keseluruhan mengisar cili. ( Tambahkan lagi 4 Liter air semasa memasak) Nota: Sekiranya anda ingin cili sos digunakan lama bubuhlah pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan agak mudah didapati di kedai-kedai Bahan Kimia CARA-CARA: 1. Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam. Semasa mengisar masukkan bawang putih yang telah dikupas kulitnya. 2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda. 3. Cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat. 4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini.

RESEPI FISH CAKE HOMEMADE

BAHAN DAN RENCAH YANG DIPERLUKAN : 400gm isi ikan amik isi ikan je, 3 sudu tepung jagung 1 sudu tepung ubi 1/2 sudu teh lada sulah Garam secukup rasa- nak campurkan cube ikan bilis pun sedap gak PERLU BUAT: 1. Kisar bahan2 di atas. Kalau blender, tambah air sikit. tp lepas tu tmbahkan tepung sikit lg. 2. Masuk dan mampat2kan ia in a square or rectangle container. Letak minyak sikit atas dia, so dia akan rata cantik. 3. Kukus hingga masak, potong mcm bentuk fishcake. Goreng sekejap sbb Kalau goreng boleh tahan lebih lama dan bekukan. 4. Kalau nak letak hirisan daun bawang, hiris cili atau corn selepas kisarpun boleh PERLU ADA: 400gm isi ikan ( beli fillet jek, prefer isi ikan warna putih) 3 sudu tepung jagung 1 sudu tepung ubi 1/2 sudu teh lada sulah Garam secukup rasa (ada org letak juga secubit kiub ayam, nak bg lebih rasa) PERLU BUAT: 1. Kisar bahan2 di atas in a food processor. Kalau blender, tambah air sikit. tp lepas tu tmbahkan tepung sikit lg. 2. Masuk dan mampat2kan ia in a square or rectangle container. jgn tebal sngat. Letak minyak sikit atas dia, so dia akan rata cantik. 3. Kukus hingga masak. Lepas tu potong mcm bentuk fishcake. Goreng sekejap aje. Kalau goreng, boleh tahan lebih lama. Lepas tu frozenkan. 4. Kalau nak buat yang ada warna warni, boleh letak hirisan daun bawang campur sekali 2 goreeennglahhhhhh dan makammmmm

Tuesday, 4 February 2014

Tahu, ambil tahu, x tahu menahu

Sebenarnya kau ni sapa ? kau ni jenis ape? ker kau tak tahu kau siapa atau kah kau pura-pura x tahu seolah-olah orang lain x tahu dan x kenal kau siapa ataukah kau memang x ambil tahu sebab kau dah banyak tahu dari orang lain atau memang kau pura-pura banyak tahu supaya orang anggap kau banyak tahu, walaupun sebenarnya yang kau tahu itu orang lain pun dah tahu tapi kau memang suka ambil tahu, kau sebenarnya memang suka kalau orang lain seolah x tahu, tapi aku tahu kau sapa? kau adalah orang yang suka ambil tahu tentang orang lain dan bercerita seolah kau tahu semuanya dalam bahasa yang lebih manis kau adalah orang orang yang "busy body' semua kau nak ambil tahu tentang orang lain dari sekecil orang sehingga sebesar orang dari pekan hingga dunia semua kau tahu tapi kau x tahu tahu juga sapa kau sebenarnya kau juga macam aku menumpang di bumi malaysia sampai masanya kau juga akan mati seperti aku juga cuma masa dan ketika jer kita x tau. Apakah yang kau nak tahu ataukah sebenarnya kau ini jenis orang yang suka memporak perandakan kan suasana yang sememang aman damai, keamanan yang telah terbina sekian lama ibaratkan sesuatu yang telah jernih tapi bila kau hadir segalanya menjadi keruh hanya kerana kau suka sangat ambil tahu, kau ku ibaratkan kera naik junjung yang x sedarkan diri, dan x tahu untuk berterima kasih, Aku x kisah klu kau suka ambil tahu, tapi kenalah sebar diri adakah hanya kerana kau ada pengenalan diri seperti aku dan kau boleh untuk menjadi kurang sopan pada orang yang telah berjasa lebih terdahulu dari kau sedangkan kau hanya buat sikit jer kau dah mula besar kepala....."buat sikit cakap banyak" tapi x perku buat banya cakap banyak lah pulakkan sedarlah anak bangsaku kau kena ambil tahu kerana tempat jatuh lagi dikenang inikan pula kampung halaman, tanah tumpah darahku ayuh semarakan semagat dijiwamu untuk mempertahankan hak kita jangan biarkan orang lain memijak-mijak hak-hak kita, aku tau kau sapa kau ada kuasa tapi kuasamu tidak menandingi kekuasaan ilahi,kau hanyalah seorang insan yang gilakan kuasa sebenarnya klu kau x ujud pun kau bukan sapa-sapa pun macam aku, klu kau ambil tahu untuk membantu aku x akan ambil tahu tapi kau ni lain macam sikit kau ambil tahu kerana dendam dan ingin menjatuhkan hak-hak ku...itu aku perlu ambil tahu....klu aku jadi kau hidup lebih mudah kerana duniawi hanya sementara x ada orang yang akan jadi batu hidup selamanya macam dalam cerita donggeng emak sumpah anak jadi batu, x ada orang akan kekal abadi dalam dunia ni hanya orang yang x percaya pada tuhan sajer yang berfikiran macam begitu, ambil tahu tentang dirimu, keluargamu, kampung mu, negerimu, negaramu dan duniamu x perlu banyak sangat ambil tahu nanti hidup tidak ada ketenteraman sebab orang x tahu nak buat apa dengan kau, jangan anggap orang lain x tahu sebab sebenarnya orang juga tahu apa yang kau tahu tapi x mahu jadi macam kau lupa daratan lupa diri, lupa tuhan lupa segalanya,

Wednesday, 1 January 2014

SHAKLEE


Antara cinta dan cita

cinta itu sebenarnya indah bila kita tahu untuk meletakkan harga sebuah cinta itu kerna cinta itu bagaikan seni yang halus hanya orang yang bercinta kerana allah yang tahu menilai cinta itu dan tahu meletakkan cinta itu buta ker tidak?... 

cinta dan cita mampu dihadapi dengan tenang kerana allah, sangat manis bila kita tahu kerana cintakan allah kita dapat mengecapi cita, cita dan harapan yang di semai sebelum menemui cinta tapi cinta bisa berubah dan boleh melupakan cita kerana cinta tapi sekiranya kita tahu matlamat kita sebenar cinta akan menjadi yang kedua dalam hidup kita sekali pun cinta itu ada dan ujud tapi tidak perlu untuk menipu diri sendir hanya kerana melihat orang lain bercinta dan kita juga mahu bercinta kerana kita lagi lawa dan bagus daripada kawan-kawan keliling kita......cinta bukan kerana allah bisa mengubah kita untuk menjadi pembohong mengiakan yang tidak dan menidakkan yang iyah.......


Tuesday, 31 December 2013

cara membuat ais krim sedap dan simple

bahan utama.....


  • susu segar (apa-apa jenama pun bole) 
  • susu pekat (sewaktu denganye)
  • coklet saya guna coklet berly dua sudu + milo sukatan ikut citarasa  dan tekak sendiri jer
  • biskut oreo (apa-apa perasa pun bole...) 
  • overlet satu sudu makan jer- saya pilih yg halal jer


mix semua sekali sehingga gebu dan setelah gebu hancurkan biskut oreo
kemudian campurkan dan bekukan dalam peti sejuk dan bila dah beku selepas beberapa jam bole lah hidang dan apa lagi makanlah sedap....lepas ni x payah lagi nak beli ais krim kat kedai boleh buat sendiri kat umah kan 

sorrylah kali ni x dapat nak kongsikan gambar coz semasa nak buat x sempat nak tangkap gambar anak- anak saya ni hantu ais krim so....akan saya uploadkan gambar kemudian okey u ollsss.

Sunday, 15 December 2013

SET DIET ATAU BAHASA YG PALING CUN " SLIM "

                                                            ALFALFA
ALFALFA, dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Secara ringkas alfalfa digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, keputihan di kalangan wanita, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.



                                                                                   HERB-LAX
Pembersihan najis yang tersekat.
Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
Membantu masalah sembelit.
Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
Mengempiskan perut.
Memejalkan perut.
                                                                                   
                                                                                  LECITHIN
untuk proses metabolisma kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
Membantu mengawal paras triglycerides
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol


                                                                                 ESP-SOY

 Milk booster’ bagi ibu yang menyusukan anak
‘ENnergy booster’ bagi ibu hamil, menyusukan anak serta mereka yang ingin menurunkan berat badan
Menganjalkan badan menggeleber ibu lepas bersalin
Mengembalikan kepejalan otot; membentuk bentuk badan yang cantik
Membantu ibu yang ingin re-laktasi
Memperbaiki kesan ‘stretch mark’ & luka cesear selepas bersalin
Menjadikan kulit anjal, gebu & licin
Mengekalkan rasa kenyang berpanjangan bagi yg ingin menurunkan berat badan
Memelihara kestabilan hormon wanita
Menegang & menganjalkan payudara
Mengekalkan awet muda