Wednesday, 10 September 2014
SOS CILI HOME MADE
RESEPI BUAT SOS CILI
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN:
1. Cili Kering 1 kg.
2. Gula Pasir 4kg
3. Garam 350gm. Ikut Selera anda.
4. Bawang putih dalam 200 gm
5. Tepong Ubi Kayu 400gn
6. Cuka Tiruan pun boleh yang asli pun boleh dalam 1 kg.
7. Air 5 liter masa mengisar keseluruhan mengisar cili. ( Tambahkan lagi 4 Liter air semasa memasak)
Nota: Sekiranya anda ingin cili sos digunakan lama bubuhlah pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan agak mudah didapati di kedai-kedai Bahan Kimia
CARA-CARA:
1. Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam. Semasa mengisar masukkan bawang putih yang telah dikupas kulitnya.
2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda.
3. Cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat.
4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini.
Labels:
RESEPI QASEH SAYANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dont forget to leave ur message on my blog and thanks for ur all supports