Wednesday, 10 September 2014

Resepi Sos Tiram Home Made

1. Ambil air rebusan makanan laut contohnya udang, ketam, sotong 2. Air rebusan itu dimasak bersama gula merah/perang. 3. Garam bukit. 4. Lada/cili sedikit dan bawang putih mengikut citarasa. 5. Sedapkan ramuan mengikut rasa. 6. Pekatkan dengan tepung ubi kayu@tepung jagung 7. Cuka buah sebagai pengawet supaya tahan lama. 8. Sejukkan dan simpan dalam botol 9. Simpan dalam peti sejuk. Cara-cara : Tuang semua sekali dalam rebusan makanan laut tadi sehingga pekat kalu nak pekatlah klu nak cair masukan lagi air rebusan makanan laut atau air panas Kali ini saya x berkesempatan tangkap gambar mungkin di lain kali saya up load kan gambar, apa-apa pun saya search resepi ni pun kat blog orang tapi saya dah lupa nama blog 2,apa pun saya berterima kasih sangat kat saudara yang sangat baik hati berkongsikan resepi di blognya dan saya telah realisasikan dan sangat puas hati x payah susah sangat nak g kedai beli pas tu nak cari yang halal lak gkan. Untuk keluarga yang agar ramai cara nak jimat tabung sangat lah mudah bila kita rajin sumbang tenaga buat benda-benda yang remeh temah nie, syukur alhamdulilah salah satu cara mudah tapi x baik makan selalu sebab kolestrol sangat tinggi, “BERHENTI KETIKA SEDAP MENCEGAH SEBELUM SAKIT” apa pun kita sentiasa mengingatkan diri makanan adalah keperluan tapi bila berlebihan ianya akan jadi racun dalam badan kita renung-renungkan bersama saya sekadar mengingatkan bukan menasihatkan.

SOS CILI HOME MADE

RESEPI BUAT SOS CILI BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKKAN: 1. Cili Kering 1 kg. 2. Gula Pasir 4kg 3. Garam 350gm. Ikut Selera anda. 4. Bawang putih dalam 200 gm 5. Tepong Ubi Kayu 400gn 6. Cuka Tiruan pun boleh yang asli pun boleh dalam 1 kg. 7. Air 5 liter masa mengisar keseluruhan mengisar cili. ( Tambahkan lagi 4 Liter air semasa memasak) Nota: Sekiranya anda ingin cili sos digunakan lama bubuhlah pengawet makanan Sodium benzote dalam 600 PPM atau 12gm. Sodium Benzoate ini diluluskan oleh FDA dan agak mudah didapati di kedai-kedai Bahan Kimia CARA-CARA: 1. Cili kering – Cili kering perlu buang bijinya. Cara untuk buang biji cili ialah dengan memotong serong (45 darjah) cili kering bersaiz lebih kurang dalam 10 mm. Masak selepas potong dan tapis. Semua biji Cili keluar dengan mudah. Cara ini juga boleh digunakan untuk membuat sambal tumis. Tak perlulah blender lama-lama sampai blender berasap. Masak cili itu supaya lembut (lebih kurang 1 jam. Semasa mengisar masukkan bawang putih yang telah dikupas kulitnya. 2. Masak kisaran cili kering seperti anda buat sambal tumis. Setelah masak masukkan Gula dan juga Cuka. dan Garam. Rasa apa yang tak cukup mengikut selera anda. 3. Cairkan tepung ubi (kanji) anda dengan air. Masukkan kedalam cili yang tengah masak sedikit demi sedikit dan kacau rata. Pereksa kelikatan. Perlu ingat selepas sejuk sos anda akan menjadi lebih pekat. 4. Sodium Benzote ini sebagai pengawet akan bantu menghindarkan pertumbuhan kulat. Bahan kimia ini juga luas digunakan dalam Industri minuman. Ia tidak membahaya kepada manusia sekiranya digunakan cara betul. cuma kandungan tidak lebih dari 1gm untuk 1 kg berat tubuh manusia. Sila baca di wikipedia tentang bahan pengawet ini.

RESEPI FISH CAKE HOMEMADE

BAHAN DAN RENCAH YANG DIPERLUKAN : 400gm isi ikan amik isi ikan je, 3 sudu tepung jagung 1 sudu tepung ubi 1/2 sudu teh lada sulah Garam secukup rasa- nak campurkan cube ikan bilis pun sedap gak PERLU BUAT: 1. Kisar bahan2 di atas. Kalau blender, tambah air sikit. tp lepas tu tmbahkan tepung sikit lg. 2. Masuk dan mampat2kan ia in a square or rectangle container. Letak minyak sikit atas dia, so dia akan rata cantik. 3. Kukus hingga masak, potong mcm bentuk fishcake. Goreng sekejap sbb Kalau goreng boleh tahan lebih lama dan bekukan. 4. Kalau nak letak hirisan daun bawang, hiris cili atau corn selepas kisarpun boleh PERLU ADA: 400gm isi ikan ( beli fillet jek, prefer isi ikan warna putih) 3 sudu tepung jagung 1 sudu tepung ubi 1/2 sudu teh lada sulah Garam secukup rasa (ada org letak juga secubit kiub ayam, nak bg lebih rasa) PERLU BUAT: 1. Kisar bahan2 di atas in a food processor. Kalau blender, tambah air sikit. tp lepas tu tmbahkan tepung sikit lg. 2. Masuk dan mampat2kan ia in a square or rectangle container. jgn tebal sngat. Letak minyak sikit atas dia, so dia akan rata cantik. 3. Kukus hingga masak. Lepas tu potong mcm bentuk fishcake. Goreng sekejap aje. Kalau goreng, boleh tahan lebih lama. Lepas tu frozenkan. 4. Kalau nak buat yang ada warna warni, boleh letak hirisan daun bawang campur sekali 2 goreeennglahhhhhh dan makammmmm